Halloween Costume ideas 2015
MPS
Latest Post


Jangan kau ambil piala dari tangan nafsu,
Jangan kau pinjamkan indera kepada kelazatan zahir
Jiwa kematian memanggil ke alam abadi
Jangan sekali lupa Ilahi

Kalam Nabawi mengajarkan ummat
Kepada Ilahi meratap munajat
“Rejab dan Syaaban kumohon berkat
Ramadhan kujejak dengan selamat”

Beralih hari terasa biasa cuma
Langsung tiada tertajalli
Mata basyari terdiam dari menyaksi keagungan
Hilal terbit petanda besar
Nan tak ramai tersedar
Apatah lagi berdebar
Pandangan nazari tak lepas dek akal
Tidak mampu melangkah ke pintu al-Rayyan
 
Tapi, ada 'unggas' dalam diri
Tercipta ia tak akan mati
Ke mana sahaja bisa meniti
Bak kata pujangga Hamzah Fansuri
"Unggas itu bukannya Baghdadi
Nentiasa berbunyi di alam jasadi
Tempatnya tamasya pada sekalian fu`adi
Itulah wujud menyatakan 'ahdi"

Terbit hilal petanda perintah
Wajib laksana tanpa bantah
Lapar sekalian perut insani
Haus terasa sedari pagi
Kamar bahagia harus dihindari

Apakah sebenar maksud taklif Ilahi?
Apakah kebodohan menyeksa diri?
Apakah Tuhan kejam tak terperi?
Menghalang segala fitrah manusiawi?
Sekali lagi mata basyari, pandangan nazari
Sekadar menyaksi dalam ilusi.
 
Unggas ini mampu melihat
Meneroboh jauh melintas hakikat
Beralih hari bukan biasa
Beralih hari penuh rahasia
 
Beralih hari berganti bulan
Bulan agung tanda kasihnya Tuhan
Yang Maha Wali mengeluarkan setiap insan
Dari bencana kegelapan-kegelapan
Dari nestapa dan kekecewaan
Dari kebodohan dan kebingungan

Tanzilan dari Ilahi
Diterima oleh makhluk suci
Habibi wa maulay Saiyidi Muhammad yang terpuji
PerintahNya terkandung hikmah tersembunyi
Itulah dia cahaya sempurna
Lambang kasih sayang Tuhannya 
Sayap Furqan tubuh Quran
Bisa mengendera sekalian hidupan
Bersama berjalan mencari teman
Bersama berjalan bertemu Tuhan

Hanya unggas ini mampu menyaksi
“Putihnya ia terlalu suci
Olehnya itu bernama ruhi
Mashafnya bersurat kufi”

Ayuh wahai insan sekaliannya
Ramadhan bukan hikayat ceritera
Bukan cuma amal berganda pahala
Ramadhan itu tersirat hakikat
Hakikat tiada mata terlihat
Melainkan dengan mata nurani
Memandang terus akan yang inti

Sang unggas penuh kasih mengendong visi
“Arasy Allah akan pengkalannya
Habib Allah akan taulannya
Bayt Allah akan sengkaranya
Menghadap tuhan dengan sopannya”



Batu 8 Gombak
10 pagi,  9 Ogos 2010









إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (Al-Ahzab 33: 56)





Masjid as-Syakirin KLCC


http://almawlid.blogspot.com/


Grup Jil Salahuddin al-Ayyubi (GJSA) - GPTD menganjurkan Projek Kajian Pendidikan Anak Palestin (PROKAN).

Projek ini bermula pada 12hb Julai dan berakhir pada 31hb Julai 2010.


PROKAN 2010 adalah bertujuan untuk :

1)  mencari maklumat tentang kem pelarian warga Palestin
2)  mencari data-data fizikal tentang kualiti pendidikan anak-anak palestin khususnya di kawasan kem pelarian
3)  mengenal pasti keadaan dan keperluan pendidikan anak-anak Palestin kini


Tindakan susulan akan menyusul selepas segala maklumat didokumentasikan.


Kami mengalu-alukan keterlibatan dan sumbangan kalian dalam projek ini. sebarang maklumat berkenaan perkara-perkara di atas boleh di emelkan kepada fazrilsaleh@yahoo.com atau generasisalahuddin@yahoo.com.my


sebarang pertanyaan, sila hubungi sdr Fazril Saleh - 0132775313 (fazrilsaleh@yahoo.com) atau ketua grup, sdr Zul Amin - 0139114990 (ibnughazali19@yahoo.com.my)

"Tidak aku utuskan engkau melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam"




 
Tarikh :  
09hb Julai 2010
Masa    :
7.00 mlm- 11.30mlm
Lokasi:
Masjid Salahuddin al-Ayyubi, Taman Melati, Gombak, Kuala Lumpur

Sultan Salahuddin Al-Ayyubi merupakan antara nama-nama besar dan terkemuka yang terakam dalam sejarah Islam. Kejayaannya membebaskan al-Quds dari cengakaman tentera salibiyah pada tarikh keramat (4 Julai 1187) merupakan satu karamah yang tidak pernah diberikan oleh Allah kepada sesiapa pun selepas Saidina Umar al-Khattab sehingga ke hari ini. Selepas zaman kejatuhan khalifah dan peristiwa Naqbah Palestin 1948, ummat Islam terus menanti kehadiran Salahuddin yang baharu bagi merampas kembali hak Ummat Islam daripada Zionis Yahudi laknatullah dan para sekutu mereka. Namun, apakah Salahuddin baharu ini bakal muncul secara tiba-tiba? Dan apakah hakikat sebenar kemunculan Salahuddin dan generasinya yang mampu mempamerkan kekuatan luar biasa sehingga berjaya mengalahkan pakatan tentera Salib di Jerusalem. Malam Apresiasi Salahuddin merupakan suatu wadah bagi menggerakkan kesedaran ummat tentang faktor dan landasan sebenar yang membentuk generasi Salahuddin;- dari pengaruh intelektual-spiritual Imam al-Ghazali, diteruskan oleh Syeikh Abdul Qadir Jailani dengan pengenalan sistem madrasah dan tarbiyah yang sistematik.

http://grupjilsaladin.blogspot.com/

Tidak perlu diperkenalkan lagi : Israel si Iblis Suci



Sejak tahun 2006, Gaza telah berdepan dengan embargo oleh Israel. Mereka langsung tidak memberi ruang kepada bantuan kemanusiaan (humanitarian aid) masuk ke Gaza dengan dakwaan bahawa Gaza masih dalam keadaan yang baik dan tidak memerlukan sebarang bantuan dari luar. Israel mendakwa mereka telah menghantar cukup bantuan ke Gaza.

Namun, fakta sebenar ialah lebih daripada 75% kediaman penduduk Gaza dimusnahkan langsung, dan mereka masih lagi menderita kesan daripada serangan ofensif Israel, Operation Cast  pada 2008-2009. Ini merupakan fakta yang disahkan oleh laporan UNDP. Atas alasan menyerang pengkalan ketenteraan pengganas di Gaza, Israel sebenarnya meninggalkan Gaza dalam kemusnahan seluruh yang dahsyat (total ruin). Mereka mensasar dan memusnahkan keperluan asas awam yang sangat diperlukan penduduk Gaza bagi meneruskan kehidupan mereka. Universiti, sumber air, sekolah, stesyen janakuasa, masjid, gereja, jambatan, jalan raya, lapangan terbang, kilang, ladang tanaman – semuanya menjadi mangsa sasaran serangan ganas tentera artillery, aerial dan naval  pihak Israel. Lebih 6000 keluarga masih tinggal di dalam khemah sehingga ke hari ini. Selain itu, sejak dua tahun mutakhir ini, lebih 10 ribu penduduk Gaza kehilangan nyawa disebabkan penyakit yang tak mampu diubati kesan embargo yang dikenakan.

Mereka terhalang daripada mendapatkan keperluan paling asas – makanan, nutrisi, air bersih, penjagaan kesihatan, hak mendapatkan pendidikan dan ‘bumbung di atas kepala mereka’.

Israel juga langsung tidak membenarkan sebarang kemasukan bahan-bahan pembinaan seperti simen, batang besi, dan sebagainya dengan alasan dan andaian bahawa bahan-bahan ini akan digunakan bagi membina pengkalan tentera. Hakikatnya, Israel tidak mahu Gaza dibina semula. Semua fakta ini dan lebih lagi telah disenaraikan oleh UN (Goldstone Report) dan Amnesty International dalam laporan mereka berkenaan Gaza. Maklumat ini mampu diakses oleh seluruh dunia. Tapi mengapa dunia masih lagi membutakan mata terhadap ke’Maha-tidakadil’an ini?

Sebenarnya, dunia telah coba untuk bekerjasama dengan Kerajaan Israel untuk menghantar bantuan yang cukup ke Gaza tetapi sia-sia. Pentadbiran Israel tidak pernah ikhlas. IHH (Humanitarian Relief Foundation of Turkey) telah pun menghantar permohonan rasmi bertulis kepada Kedutaan Israel di Turki hampir du tahun lalu tapi hampa.

Apa yang bermain dalam kepala hotak Zionis ini ialah ‘inter-twined maze’  yang membawa kita somewhere tetapi nowhere (pusing-pusing tak ke mana / pi mai, pi mai, tang tu). Dengan perjanjian damai itu dan ini yang ditandatangani, kononnya untuk berdamai dan aman, semuanya sandiwara semata. Mereka sememangnya tidak ikhlas, dan menidakkan pandangan seluruh dunia. Dan mereka menjadikan ini semakin  jelas dengan tindakan mereka. Israel dan embargo kejam ke atas Gaza ini bertanggungjawab ke atas krisis kemanusiaan yang berlaku ke atas Gaza kini.

Apa-apa pun, tindakan Israel ini sentiasa dianggap betul oleh AS dan sekutu-sekutu Israel walaupun keganasan tahap Iblis yang telah mereka laksanakan. Israel tetap dianggap suci oleh AS dan orang-orang bengong yang seangkatan dengan mereka. Israel tidak perlu lagi diperkenalkan. Semua sudah mengetahuinya. Israel, si Iblis Suci.


12.30 tghr
8 Jun 2010
Batu 8 Gombak

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget