Halloween Costume ideas 2015
MPS
Latest Post


SYEIKH BABA AZIZ; di tengah

1. Pengajian kitab bersama Baba 'Abdul Aziz al-Fathani di Dewan Syaikh Daud al-Fathani (Khazanah Fathaniyah), Taman Melewar, KL

a) Tarikh: 6 Sya'ban 1430/ 28 Julai 2009 (Selasa)
Masa: Bermula selepas Maghrib
Kitab: Faridatul Faraid, Musholli dan Kanzul Minan (Syarah Hikam Abi Madyan)

b) Tarikh: 7 Sya'ban 1430/29 Julai 2009 (Rabu)
Masa: Bermula selepas Maghrib
Lokasi: Faridatul Faraid, Musholli dan Kanzul Minan (Syarah Hikam Abi Madyan)


FORUM PERDANA SEMPENA EKSPO PERUBATAN ISLAM UM 2009

Tarikh : 2 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 malam – 10.00 malam
Tempat : Padang Tasik Varsiti

Tajuk:
"ANDA SIHAT DENGAN ISLAM"

Oleh:
1. Ustaz Muhammad b Abdullah
2. Pengamal perubatan dari Darus Syifa'
3. Dr Suhaini (Pakar Jantung UKM)

Ceramah ini ditunggu-tunggu kerana akan disampaikan oleh para pengamal perubatan moden dan tradisional yang akan menerangkan bukti-bukti saintifik berkenaan amalan-amalan kesihatan Nabi Muhammad S.A.W. Tokoh perubatan seperti Dr Danial telah membuktikan perubatan Islam secara saintifik dengan mengemukakan penemuan-penemuan sains semasa, baik yang dihasilkan oleh ahli-ahli sains Islam mahupun Barat, atas prinsip Islam menerima hikmah dan ilmu pengetahuan yang baik daripada mana-mana sumber.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi saudara

Mahfuz 017-5081654/ amaz_manu@yahoo.com
atau
saudari Fahmiza 013-2111294/ amylaila09@yahoo.com

Maklumat lanjut tentang program-program berkaitan EPISMA 09, layari laman web rasmi EPISMA 09 ;- http://www.episma09.psipum.org/


# penulis akan memoderasi majlis forum pada malam tersebut


Pengasas Nahdhatul Ulama (NU), K.H. M. Hasyim Asya’ari telah menulis sebuah buku penting bagi dunia pendidikan yang berjudul “Aadabul ‘Alim wal-Muta’allim (Adab Guru dan Murid). Buku ini membahas tentang konsep adab. Kiyai Hasyim Asya’ari memulakan kitabnya dengan menitipkan hadis Rasulullah saw:

Haqqul waladi ‘ala waalidihi an-yuhsina ismahu, wa yuhsina murdhi’ahu, wa yuhsina
Adabahu”

(Hak seorang anak atas orang tuanya adalah mendapatkan nama yang baik, pengasuhan yang baik dan adab yang baik).

Jadi, mendidik anak agar menjadi orang beradab, sewajarnya adalah tugas ibu bapa. Sebagai institusi pendidikan, sekolah mengambil alih sebahagian tugas itu, menggantikan amanah yang dibebankan kepada orang tua. Tujuannya tetap sama: membentuk anak yang beradab! Adab memang sangatlah penting kedudukannya dalam ajaran Islam.

Imam Syafii, imam mazhab yang banyak menjadi panutan kaum Muslim di Nusantara, pernah ditanya, bagaimanakah meraih adab? Imam Syafii menjawab, bahawa ia selalu mengejar adab laksana seorang ibu yang mencari anak tunggalnya yang hilang.

Demikianlah sebagian penjelasan KH Hasyim Asya’ari tentang makna adab. Melanjutkan paparannya, maka tidak boleh tidak, perkataan “adab” memang merupakan istilah yang khusus maknanya dalam Islam. Bahkan menurutnya, salah satu indikator amal ibadah seseorang diterima atau tidak di sisi Allah SWT adalah bergantung pada sejauh mana aspek adab disertakan dalam setiap amal perbuatan yang dilakukannya.

Lalu, apa sebenarnya adab? Huraian yang lebih terperinci tentang konsep adab dalam Islam disampaikan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, pakar filsafat dan sejarah Melayu.

Menurut Prof. Naquib al-Attas,
…”adab adalah pengenalan serta pengakuan akan hak keadaan sesuatu dan kedudukan seseorang, dalam perencanaan susunan berperingkat martabat dan darjat, yang merupakan suatu hakikat yang berlaku dalam tabiat semesta. Pengenalan adalah ilmu; pengakuan adalah amal. Maka, pengenalan tanpa pengakuan seperti ilmu tanpa amal; dan pengakuan tanpa pengenalan seperti amal tanpa ilmu. Keduanya sia-sia kerana yang satu mensifatkan keingkaran dan keangkuhan, dan yang satu lagi mensifatkan ketidaksedaran dan kejahilan.”

(SM Naquib al-Attas, Risalah untuk Kaum Muslimin, (ISTAC, 2001).

Begitu pentingnya masalah adab ini, maka boleh dikatakan, jatuh-bangunnya umat Islam, bergantung kepada sejauh mana mereka dapat memahami dan menerapkan konsep adab ini dalam kehidupan mereka. Manusia yang beradab terhadap orang lain akan paham bagaimana mengenali dan mengakui seseorang sesuai harkat dan martabatnya. Martabat ulama yang soleh berbeza dengan martabat orang fasiq yang derhaka kepada Allah. Jika dikatakan, manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling taqwa, maka seorang yang beradab tidak akan lebih menghormati penguasa yang zalim berbanding guru yang mengajar di kampung yang soleh. Itu adab kepada manusia.

Adab terkait dengan iman dan ibadah dalam Islam. Adab bukan sekedar “sopan santun”. Jika adab didefinisikan sebagai sopan santun, pasti ada orang yang menuduh Nabi Ibrahim a.s. sebagai orang yang tidak beradab, kerana berani berkata kepada ayahnya, “Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu berada dalam kesesatan yang nyata”.(QS 6:74). Boleh jadi, jika hanya berdasarkan sopan santun, tindakan mencegah kemungkaran (nahyu ‘anil munkar) akan dikatakan sebagai tindakan tidak beradab. Padahal, dalam Islam, adab terkait dengan iman dan ibadah kepada Allah.
Ukuran seorang beradab atau tidak ditentukan berdasarkan ukuran sopan-santun menurut manusia. Seorang yang berjilbab di kolam renang boleh dikatakan berperilaku tidak sopan, kerana semua perenangnya berbikini.


Adab di Tamadun Melayu

Ulama besar dan sasterawan dari Riau, Raja Ali Haji pun telah menyinggung tentang pentingnya akal adan adab. Beliau menyatakan kelebihan seorang manusia adalah pada akal dan adab dan bukan pada janis bangsa dan asal. Maka,dalam kitabnya, “Bustan al Katibin”, yang ditulis pada tahun 1850, beliau menyatakan:

“Jikalau beberapa pun bangsa jika tiada ilmu dan akal dan adab, ke bawah juga jatuhnya, yakni kehinaan juga diperolehnya”


Maka untuk individu, masyarakat atau bangsa itu menjadi mulia, Raja Ali Haji menasihatkan agar individu-individu itu memahami agama. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang terkenal:

“Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka ia diberi pemahaman kepada ilmu agama (ad diin).

Pembinaan individu yang ber-adab ini juga menjadi perhatian yang serius ulama-ulama Melayu abad 18. Seperti Syekh Abdus Shamad al Falimbani dan Syekh Daud Abdullah Fathani. Syekh Falimbani misalnya menulis Hidayah as Salikin. Kitab ini disusun diantaranya merujuk pada karya-karya Imam al Ghazali Minhajul Abidin, Ihya ‘Ulumud Din dan al-Arbain fi Ushul ad Din. Sedangkan karya Syeikh Daud bin Abdullah al Fathani diantaranya adalah menterjemahkan kitab al Ghazali Bidayah al Hidayah. (Dikutip dari makalah pakar sejarah Melayu, Wan Mohd Shaghir Abdullah,;Sejarah Tasawuf dan Perkembangannya di Nusantara 2006)
.
Syekh Wan Ahmad al Fathani dari Pattani (1856-1908), dalam kitabnya Hadiqatul Azhar war Rayahin (Terj. Oleh Wan Shaghir), berpesan agar seseorang mempunyai adab, maka ia harus selalu dekat dengan majlis ilmu. Ia menyatakan :

“Jadikan olehmu akan yang sekedudukan engkau itu (majlis) perhimpunan ilmu yang engkau muthalaah akan dia. Supaya mengambil guna engkau daripada segala adab dan hikmah”.

Meghurai lanjut konsep adab Prof. SM Naquib al-Attas, Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud, fello Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, mencatatkan bahawa terdapat 18 entri mengenai taadib, addaba dan adab yang boleh dijumpai dalam lebih dari satu buku koleksi hadits.
Lihat AJ Wensinck dan JPMensing, Boncordance Indices de la Tradition Musulmane, 7 jil. (Leiden :EJ Brill, 1943), I :26 ; Nasrat Abdel Rahman, The Semantic of Adab in Arabic, al Syajarah jil.2, No. 2, 1997, hh. 189-207.

Dalam artikel ini Prof. Abdel Rahman menganalisis pelbagai erti perkataan adab dan perkataan yang dikembangkan darinya, khususnya perkataan taadib dari 50 pengarang (penulis) buku berbahasa Arab dan analisis tersebut secara umum menguatkan pemahaman al-Attas.

Perkataan adab, menurut al Attas, memiliki erti yang sangat luas dan mendalam, sebab pada awalnya perkataan adab bererti undangan ke sebuah jamuan makan,yang di dalamnya sudah terkandung ide mengenai hubungan sosial yang baik dan mulia. Namun adab kemudian digunakan dalam konteks yang terbatas, seperti untuk sesuatu yang merujuk pada kajian kesusastraan dan etika profesional dan kemasyarakatan.(konteks penggunaan dalam Bahasa Arab).

Menurut Wan Daud, failasuf terkenal, Al Farabi juga mendefinisikan taadib sebagai aktiviti yang memproduksi suatu karakter yang bersumber dari sikap moral. Maka, sebenarnya, makna kedua-dua istilah, taalim dan tarbiyah telah tercakup di dalam istilah taadib. Ibnul Mubarak menyatakan:

“Kita lebih memerlukan adab daripada ilmu yang banyak”.

Jika adab hilang pada diri seseorang, maka akan mengakibatkan kezaliman, kebodohan dan menuruti hawa nafsu yang membinasa. Oleh sebab itu, adab mesti ditanamkan pada seluruh manusia dalam berbagai lapisan, pada murid, guru, pemimpin rumah tangga, pemimpin masyarakat dan lain-lain. Bagi orang-orang yang memegang institusi, bila tidak terdapat adab, maka akan terjadi kerosakan yang lebih parah.

Kata Prof Wan Mohd. Nor:
“Gejala penyalahgunaan kuasa, penipuan, pelbagai jenis rasuah, politik wang, pembaziran, kehilangan keberanian dan keadilan, sikap malas dan sambil lewa, kegagalan pemimpin rumah tangga dan sebagainya mencerminkan masalah pokok ini.”

Sikap boros dalam menggunakan kekayaan negara adalah sifat yang buruk bagi pemimpin dan dapat sepatutnya mengakibatkan pengguguran daripada jawatannya. Dalam teks Hikayat Aceh menurut Prof. Wan Mohd Nor (2007), terdapat dua kes, dimana Sultan Seri Alam yang sangat boros dan Sultan Zainal Abidin yang zalim diturunkan dari kerusi pemerintahan.


Adab terhadap ilmu


Jadi, menurut Prof. Wan Mohd. Nor, jika adab hilang pada diri seseorang, maka akan mengakibatkan kezaliman, kebodohan dan menuruti hawa nafsu yang membinasa. Manusia dikatakan zalim, jika misalnya meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Maka, dengan pemahaman seperti itu, seorang Muslim yang beradab pasti lebih mencintai dan mengidolakan Nabi Muhammad saw berbanding manusia mana pun. Manusia Muslim yang beradab juga akan menghormati sahabat-sahabat nabi dan keluarganya. Begitu juga seorang muslim yang beradab akan lebih menghormati ulama pewaris nabi, berbanding penguasa yang zalim.

Salah satu adab penting yang harus dimiliki seorang Muslim adalah adab terhadap ilmu. Saeorang yang beradab, menurut SM Naquib al-Attas, seorang beradab haruslah mengenal darjat ilmu, mana ilmu yang fardhu ‘ain (wajib dimiliki oleh setiap muslim) dan mana yang fardhu kifayah (wajib dimiliki sebagian Muslim).

Islam memandang kedudukan ilmu sangatlah penting, sebagai jalan mengenal Allah dan beribadah kepada-Nya. Ilmu juga satu-satunya jalan meraih adab. Orang yang berilmu (ulama) adalah pewaris nabi. Kerana itu, dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam Al-Ghazali mengingatkan, orang yang mencari ilmu dengan niat yang salah, untuk mencari keuntungan duniawi dan pujian manusia, sama saja dengan menghancurkan agama. Dalam kitabnya, Adabul ‘Alim wal- Muta’allim, KH Hasyim Asya’ari juga mengutip hadits Rasulullah saw:

“Barangsiapa mencari ilmu bukan karena Allah atau ia mengharapkan selain keredhaan Allah Ta’ala, maka bersiaplah dia mendapatkan tempat di neraka”

Ibnul Qayyim al-Jauziyah, murid terkemuka Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, juga menulis sebuah buku berjudul Al-Ilmu. Beliau mengutip ungkapan Abu Darda` r.a. yang menyatakan:

“Barangsiapa berpendapat bahwa pergi menuntut ilmu bukan merupakan jihad, sesungguhnya ia kurang akalnya” (Abu Hatim bin Hibban juga meriwayatkan hadits dari Abu Hurairah r.a., yang pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa masuk ke masjid ku ini untuk belajar kebaikan atau untuk mengajarkannya, maka ia laksana orang yang berjihad di jalan Allah”

Kerana begitu mulianya kedudukan ilmu dalam Islam, maka seorang yang beradab tidak akan mensia-siakan umurnya untuk menjauhi ilmu, atau mengejar ilmu yang tidak bermanfaat, atau salah niat dalam meraih ilmu. Sebab, akibatnya sangat binasa. Ia tidak akan pernah mengenal Allah, tidak akan pernah meraih kebahagiaan sejati. Sebab, dengan mengenal dan berzikir kepada Allah, maka hati akan menjadi tenang. Maka, belajarlah ilmu yang benar! Belajarlah dengan niat yang benar! Jadilah manusia yang adil dan beradab! Ingatlah, nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya

”Wahai anakku, janganlah kamu mensyirikkan Allah, sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar.”
(QS 31:13).


Translasi dari Adyan Husaini

29 Julai 2009
6.00 petang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia




Assalamualaikum wrh. wbt.



PRESIDEN dan AHLI- AHLI JAWATANKUASA KERJA PUSAT
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

Dengan segala hormatnya mempersilakan
YBhg. Dato'/ Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Sdr./ Sdri.

Untuk hadir ke
SEMINAR TAJDID GENERASI DAN GERAKAN DAKWAH :
Menangani Kemelut Sosio- politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniyyah

Bersempena dengan
MUKTAMAR SANAWI KALI KE 38 ABIM

Pada
1 Ogos 2009/ 10 Sya'aban 1430H

Bertempat di
Dewan Serbaguna, Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Shah Alam

Masa
8:00 pagi hingga 5:30 petang



Tentatif Program
7.45-8.20 pg : pendaftaran seminar
8.20-8.40 pg : alunan asma'ul husna & bacaan ayat-ayat suci al-quran
8.40-8.55 pg : ucapan aluan

8.55-10.35 pg : Pembentangan Ucapan Dasar Presiden ABIM & Perasmian muktamar Sanawi ke-38, & Seminar Tajdid Generasi dan gerakan dakwah. Y.BHG TN.HJ YUSRI MOHAMAD

10.35-10.45 pg: Doa & Lagu ABIM
10.45-11.00pg : Kudapan


SESI 1: 11 pg-1 ptg
Cabaran Globalisasi dan Sekularisme: Panduan Tradisi Ahli Sunnah wal Jamaah
1- Prof Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar
Timb. Ketua Pengarah
Eksekutif International Institute of Advance Islamic Studies (IAIS)

2. Dr. Khalif Muammar
Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA-UKM)

3. Al fadhil Ustaz Abdullah Zaik
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)


1.00-2.00 ptg: Makan tghari, solat Zohor


SESI 2: 2.00-3.30 ptg
Membina Asas Kerohanian Umat dalam Mendepani Cabaran Dunia Moden
1- Al Fadhil Ustz. Ahmad Fahmi Zamzam
Ahli Majlis Syura ABIM Kedah

2- Al Fadhil Utz. (Dr.) Uthman El Muhammady,
ISTAC-UIAM


SESI 3: 3.30- 5.00ptg
Islam dan Pembinaan Negara Bangsa: Di manakah kita?
1-*YB Dato' Razali Hj Ibrahim
Timb. Menteri Belia dan Sukan, Ahli parlimen Muar

2- YB Salahuddin Hj Ayub
Ahli Parlimen Kubang Kerian

3- Dr. Mohd. Nor Nawawi
Dekan Pusat Pengajian Siswazah, UNISEL


5.00-5.30 ptg: Resolusi dan penutup
Y.Bhg. Prof.Madya Hj Zainal Abidin,
Timb. Naib Cancelor (HEP), UNISEL

*tertakluk kepada perubahan.




Yuran penyertaan:
Individu & Organisasi - RM 100
Organisasi lebih 3 orang - RM 80
Ahli ABIM - RM 60
Pelajar - RM 30



Makluman lanjut dan terperinci sila layari www.abim.org.my/muktamar
Untuk maklumbalas dan pendaftaran, sila hubungi Sekretariat Seminar di talian 016-410 2767/ 016- 263 5700.



Download brosur seminar: http://www.abim.org.my/koleksi-fail/doc_download/36-brosur-seminar-tajdid-2009.html
http://www.abim.org.my/koleksi-fail/cat_view/14-brosur-a-poster-program.html



=====================================================================================

Program-program berikut juga akan diadakan bersempena dengan Muktamar ini:

1. Forum : PEMBINAAN GENERASI BARU UMAT ISLAM : MENGAMBIL IKTIBAR
DARI GENERASI SALAHUDDIN AL AYUBI


Tarikh : 31 Julai 2009/ Jumaat
Tempat: Dewan Seminar, Masjid Negeri, Shah Alam
Masa : 9:00 malam


sila layari www.abim.org.my/muktamar


2. MALAM ASPIRASI GENERASI SALAHUDDIN

Tarikh : 1 Ogos 2009/ Sabtu
Tempat : Ruang Solat Bawah, Masjid Negeri, Shah Alam
Masa : 8:45 malam
Pidato Khas : Al Fadhil Tuan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al- Maliki
Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

sila layari www.abim.org.my/muktamar


Orang ramai adalah dijemput hadir untuk memanfaatkan kehadiran tokoh-tokoh ilmuwan di sepanjang program-program tersebut di atas. Sila layari laman web www.abim.org.my/muktamar untuk makluman lanjut.





klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas



Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi Allah atas segala-galanya. Nikmat yang tak terhingga; tak dapat dihitung dan dijangkau pancaindera manusiawi. Kadangkala, nikmat yang pelbagai ini bagaikan tak terasa; walaupun perbendaharaan nikmat Allah itu sangat luas kerana pandangan manusiawi kabur dalam menanggap nikmat alam tinggi melainkan dengan “latifah ruhaniyah” ;- kehalusan rohani dalam diri manusia.

Selawat dan salam atas Junjungan Mulia lagi Terhormat, Sebaik-baik insan dan makhluk, Kekasih Allah Yang berakhlaq al-Azim, Nabi Muhammad SAW. Manusia yang bernama Muhammad Bin Abdullah SAW ini sebenarnya belum lagi kami kenali dengan sedalamnya. Walau bagaimana pun, syukur kepada Allah yang telah mempertemukan kami dengan wasilah yang berjaya menyentak benak ini. Alhamdulillah, aku baharu sahaja berkenalan dengan manusia paling Agung ini dan akan cuba mengenali baginda dengan lebih mendalam.

Tatkala ada orang lain memuji kita, sebagai Muslim yang cuba menghindarkan penularan sifat takabbur;- wajar kita sebut alhamdulilLah (segala-gala puja dan puji kepada Allah). Betul! Memang itu pun yang diajar kepada kita. Sememangnya segala puji bagi Allah dan sebesar manapun pujian kita tetap tidak akan sama dengan pujian Allah terhadap diri-Nya sendiri. Justeru, senantiasalah memuji Allah.

Namun, manusia yang lemah ini sebenarnya tak mampu menanggung derita barah nan semakin menular. Barah takabbur (membesar dir), riyak (memperlihat-lihatkan kelebihan diri), sum-‘ah (memperdengarkan kelebihan diri) dan ‘ujub (berasa takjub dengan diri) tak dapat dibendung; bagaikan puja-puji yang dikembalikan kepada Allah itu tidak sepenuhnya dikembalikan. Masih ada lagi sisa-sisa pujian itu pada diri kita.

Ya lah.. pabila mendapat pujian insan lain, seolah-olah satu pengiktirafan yang perlu dibanggakan. Namun, kebanggaan inilah yang sebenarnya bakal membunuh sifat manusiawi akibat lupa akan keadaan diri yang sebenarnya tidak berdaya melainkan dengan Izin-Nya. Kerna itu, perlu dibalikkan sepenuhnya pujian itu kepada Allah Ta’ala.

Persoalannya, bagaimana? Masih tak jelas.. Bagaimana mahu kembalikan semua pujian yang diterima kepada Allah sedang diri terus menerus menderita penyakit hati? Cukup dengan AlhamduliLah?

Allahu Akbar… Allahu Akbar.. Antara hikmah Allah Taala mengutuskan Nabi Muhammad SAW yang mulia itu ialah memberikan khabar gembira kepada yang beriman dan khabar ancaman kepada yang engkar.

Dalam menanggap konflik yang berlaku selepas dipuji ini memerlukan sisi pandang yang berbeza.

Hakikatnya, manusia ini apabila dipertontonkan antara yang baik dan yang buruk, pastinya yang buruk itu melekat lebih cepat di mata manusia. Bak kata pepatah melayu; “kuman di seberang nampak, Gajah di atas batang hidung tak kelihatan”.

Atas sebab itu, hakikat pujian yang kita terima sebenarnya bukan kerana kelebihan yang kita miliki, kecerdikan yang kita tonjolkan, kebaikan yang kita lakukan, tetapi sebenarnya kerana orang yang memuji tak nampak kejelikan, keaiban, kesalahan, kesilapan, sifat buruk,dan sisi gelap yang ada pada diri kita.

Itulah sebab mengapa orang memuji kita. Bayangkan kalau aib kita diketahui orang lain, mahukah lagi dia memuji kita? Sememangnya manusia sebegitu- “kuman di seberang nampak, Gajah di atas batang hidung tak kelihatan”.

Maka, AlhamdulilLah; segala puja-puji bagi Allah yang telah menutupi aib diri kita daripada pandangan mata insan lain. Lafaz syukur AlhamdulilLah itu wajib disusuli dengan amal;- (manifestasi konsep tahalli & takhalli) muhasabah dan insafi diri, buang segala sifat mazmumah, taubat, perbaiki kelemahan diri, hiasi diri dengan sifat-sifat mahmudah.. Maka, akan terpancarlah penampakan akan Besar-Nya kuasa dan cakupan Allah (Tajalli) yang bakal mengemudi kita dalam menempuh gelora duniawi menuju negeri yang abadi.

Allahu Ta’ala A’lam.


28 Julai 2009
1.30 patang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget