Halloween Costume ideas 2015
MPS
Latest Post



Hubungan dan talian kasih sayang (silaturrahmi) sesama insan apatah lagi sesama Muslim dan darah daging sendiri wajar diperhatikan. Hubungan dengan ibu bapa yang menjadi syarat redha Allah kepada seorang anak, hubungan sesama tetangga, hubungan dengan guru, hubungan dengan rakan karib, hubungan dengan orang yang lebih tua, hubungan dengan orang yang tidak dikenali dan juga hubungan dengan alam; flora dan fauna – perlu dipelihara seutuhnya. Kemesraan perlu dikembangkan dalam hati setiap kader. Kita perlu insaf peranan manusia sebagai khalifah dan makhluk sosial dan berusaha melaksanakan sebaiknya peran tersebut. Perlu diingat, ukhuwah sesama kader dakwah perlu diikat oleh tali ikatan yang kukuh; tidak rapuh supaya ukhuwah itu tidak berakhir seperti kata keluhan ”teman ketawa ramai, teman berduka seorang diri”. Betapa indahnya dunia ini jika ukhuwah dibina dengan ikatan solat, tilawat al-quran, dzikir, dan sadaqah. Ini yang mahu kita bina walaupun pada peringkat permulaannya, pendekatan yang pelbagai dalam pembinaan ukhuwah dipraktikkan.



 

Lecture by Y.Bhg Dato’Dr. Hassan Ahmad. Details of the program are as follows:

Date/Day    : 26th May 2010/Wednesday


Time          : 10:00am – 12:00noon


Venue        : LG Floor, Multipurpose Room, ISTAC,                                                                        IIUM KL Campus 24 Persiaran Duta                                                                             
Taman Duta, 50480 Kuala Lumpur


Title           : "Beyond Post-Modernism: 

                    Constructing the Malay Akal and the Malay Grand Narrative"

 

 

3.28 ptg

24 Mei 2010

Perpustakaan UIAM

Sadaqah


Antara amalan yang mampu menolak bala ialah sadaqah. Dunia yang bersifat cantik dan menawan pada pandangan mata basharah manusia ini adalah antara faktor manusia menjadi kedekut dan bakhil. Tambahan pula, faham material (materialsm) dan faham konsumer (consumerism) seakan sudah menyerap dalam buluh darah anak-anak Adam alaf moden ini. Ini menambah keparahan  terhadap jiwa insan sehingga tertutup mata bashirahnya; mata hati yang mampu tembus ke dalam intisari keduniaan yang memperdaya itu. Maka, amalan suka bersadaqah perlu dibugar semula dalam jiwa muda hari ini. Mereka perlu dididik dan diasuh sebagaimana asuhan Nabi terhadap para sahabat sehingga memungkinkan orang yang miskin tidak berharta cemburu terhadap orang yang mampu bersadaqah.




6.oo petang
Kampung Pinang, Kamunting
Perak Darul Ridzuan

Nukilan Tuan Sarip Dol Sepohon Jadi. 
Moga Allah merahmati Tuan.





Sepuluh tahun yang lalu…

Kisah ini berlaku di Gua Cha, Kelantan semasa saya dan Team Arkeologi Muzium Negara melakukan ekskavasi disana selama lebih sebulan. Semoga Edy Jambul, Am lentik, Azim paja, Ana konda, Zaha botak, kak Nurul, Jijot, Toyat, Safri, Shafril, Faizul, Abang Zul, Pak Dek dan kawan-kawan yang lain berada dalam keadaan sihat.

Seperti biasa pada sebelah petang selepas habis melakukan aktiviti galicari kami akan bebas melaku aktiviti masing-masing. Saya lebih suka menghabiskan masa berborak-borak dengan Azim dan Safri tentang hal ehwal agama berbanding kawan-kawan lain yang sibuk bersuai kenal dengan student perempuan yang cun-melecun yang turut sama menyertai ekskavasi. Keadaan petang didalam hutan selalunya cepat gelap lebih-lebih lagi jika berdekatan dengan kawasan gua maka sebab itu masing-masing dari kami akan mandi di sungai yang terletak hanya lima meter dari kawasan khemah secara beramai-ramai lebih kurang jam 6 petang.

Sebetulnya, saya agak segan untuk mandi dihadapan kawan-kawan yang lain maka oleh sebab itu saya lebih suka mandi bersendirian dihulu sungai yang jaraknya lebih kurang 100 meter dari kedudukan kawasan perkhemahan. Ianya kawasan anak sungai yang kedalamannya hanya separas peha dan agak terpencil. Airnya sungguh jenih dan sejuk membuatkan badan terasa amat-amat nyaman sewaktu berendam. Untuk sampai ke kawasan anak sungai ini saya perlu naik dan melintasi kawasan gua Cha yang agak sunyi, kemudian menelusuri denai-denai kecil yang dikiri kanannya adalah hutan tebal. 

Selalunya saya akan membawa bersama sebuah radio yang saya galas diatas bahu dan saya mainkan kasetnya sepanjang perjalanan ke hulu sungai. Beginilah keadaan saya selama berada disana.

Dzikir


Dzikir merupakan amalan ta’abud yang tidak punya had masa mahupun had hal. Dzikir yang kami maksudkan di sini ialah dzikir bil-lisan yang bakal membawa kepada dzikir bil-qalb. Jiwa yang tenang itu lahir daripada ingatan kepada Tuhan. Dengan berzikir dan mengingati Tuhan; yang perintahnya itu tidak tertakluk kepada masa dan hal keadaan, pasti mendatangkan suatu makna yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang melakukannya. Malah, sesetengah ulama` ’amiliin mengatakan bahawa dzikir adalah anak kunci kepada khusyuk solat. Alangkah bertuahnya jiwa-jiwa muda yang sudah mula basah lidahnya dengan dzikr Allah pada ketika darah mudanya seringkali menjadi de facto pengajak kelalaian. 


1.18 pagi,
02 Mei 2010,
Kampung Tengah,
Gombak.

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget