Halloween Costume ideas 2015
MPS

Belasungkawa : Tuan Guru Pak Teh Latip


 
“semoga kedamaian dikurniakan kepada kalian, wahai para penduduk kampung Muslimin, sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul selepas ini bersama kalian”

“semoga Allah merahmati saudara-saudara kami yang telah lebih dahulu menuju Perkampungan Barzakh & juga yang menyusul kemudian”


Innalillahi wa inna iaihi raji`un


Kepada guru yang kami kasihi lagi kami cintai, Tuan Guru Hj Abdul Latif Abd Rahman (Pak Teh Latip), kehilanganmu amat dirasai.

Tersentak...

Tak kesempatan menjenguk almarhum sebelum kepulangannya, juga ketika saat akhir beliau. Dari kejauhan, hanya iringan doa dan linangan air mata yang tak tertahan mengiringi pemergian beliau.

Terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Zaki Ahmad, murabbi dan guru yang banyak berjasa atas pengesahan beliau akan pemergian Pak Teh awal pagi tadi.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh almarhum

Al-Fatihah.




UIAM Gombak
11.00 pg, 30 September

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum..

Anta memang kenal ke Allahyarham atau pernah jumpa sebelum ni atau pernah jadi anak murid dia?Beruntung kalau kenal dan berdamping dgn ulama'.

-Picoi

salam, Picoi.

Ulama pewaris nabi. Bukan mudah nak mencari guru yang ikhlas, ulama` 'amilin - yang beramal dengan ilmunya. tambah-tambah dalam dunia yang penuh fitnah.

tersilau kita dengan keduniaan, malah yang mengaku berjuang pun ramai sekali yang keliru dan mengatas-namakan agama bagi memenuhi kehendak peribadi.

Picoi, doakan aku.

Allahu a'lam

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget